SOKONGAN KELUARGA

Antara Sokongan Keluarga ialah
group

Group Whatsapp

Bagi memudahkan ibu bapa untuk berkomunikasi serta mendapatkan info yang berkaitan, Persatuan Hear Me mewujudkan Group Whatsapp. Menerusi group Whatsapp ini, ibu bapa bukan sahaja dapat berbincang sesama mereka malah dapat berkongsi pengalaman membesarkan anak masalah pendengaran. Perkongsian ilmu dan pengalaman melalui group Whatsapp juga membantu terutamanya bagi ibu bapa yang masih mentah dalam membesarkan anak masalah pendengaran. Setakat ini seramai 130 ibu bapa berinteraksi melalui group Whatsapp Persatuan Hear Me.

description

Bengkel dan kelas

Memahami perlunya sokongan fizikal dan mental kepada ibu bapa dalam membesarkan anak masalah pendengaran, Persatuan Hear Me turut menganjurkan bengkel dan kelas. Penganjuran bengkel dan kelas ini dilakukan untuk mendidik ibu bapa mengenai pengurusan dan penjagaan anak masalah pendengaran memandangkan anak kelainan upaya memerlukan perhatian yang berbeza berbanding kanak-kanak normal. Antara bengkel dan kelas yang dianjurkan oleh Persatuan Hear Me ialah kelas terapi pertuturan, bengkel penerangan mengenai penjagaan alat pendengaran dan sebagainya.

home

Program Santai

Persatuan Hear Me juga menganjurkan aktiviti santai seperti majlis rumah terbuka,lawatan bersama ahli, hari keluarga dan lain-lain sebagai tanda sokongan moral kepada ibu bapa dan anak-anak. Selain itu, program santai juga membantu ahli untuk berkenalan serta mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Bagi anak-anak pula, peluang berjumpa dengan mereka yang senasib dapat mengajar mereka untuk tidak merasa rendah diri dengan kekurangan diri.

favorite

Program Kesedaran

Ramai rakyat Malaysia mempunyai stigma yang tebal terhadap golongan masalah pendengaran dan menyebabkan diskriminasi terhadap golongan tersebut. Diskriminasi sebegini akan menutup peluang terutamanya kepada kanak-kanak untuk mendapatkan kehidupan berkualiti seperti kanak-kanak normal. Oleh itu, demi memperjuangkan hak anak-anak masalah pendengaran, Persatuan Hear Me komited dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat dan golongan profesional menerusi pembukaan booth, pengedaran pamphlet dan penjualan merchandise. Di smaping itu, Persatuan Hear Me juga amat menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program yang dianjurkan.

ADVOCACY

Advocacy yang disediakan ialah
group

Khidmat Nasihat Profesional

Persatuan Hear Me tidak menyediakan sebarang khidmat nasihat profesional untuk mengelakkan sebarang kecelaruan dan masalah pada masa akan datang. Ibu bapa digalakkan untuk merujuk kepada doktor sekiranya mereka memerlukan khidmat nasihat profesional

description

Kerjasama dengan golongan profesional

Kebanyakan program-program ilmiah yang dianjurkan oleh Persatuan Hear Me adalah hubungan kerjasama dengan golongan profesional seperti doktor, pakar audiologi, pakar terapi pertuturan dan wakil syarikat yang membekalkan alat perdengaran untuk membincangkan topik yang berkaitan. Kerjasama dengan golongan profesional adalah penting untuk memastikan ibu bapa mendapat maklumat daripda sumber yang betul dan dipercayai.