Tarikh : August 27, 2018


Pada 21 Ogos 2018, Hear Me telah mengadakan program Visit & Tours Cochlear Malaysia yang bertempat di Cochlear Malaysia, Bangsar South pada 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Program ini merupakan lawatan sambil belajar ke syarikat Cochlear bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang alat bantu dengar dan koklea implan serta memberi peluang kepada mereka untuk melihat tempat alat bantu dengar dibaik pulih dan diselenggara.

 

Program ini dapat memberi pendedahan dan peluang kepada ibu bapa untuk melihat suasana Global Repair Centre (GRC) di mana tempat alat bantu dengar dan koklea implan dibaik pulih dan diselenggara. Ibu bapa juga berpeluang berinteraksi bersama wakil daripada Cochlear Malaysia. Semoga ibu bapa dapat pengetahuan yang lebih mendalam mengenai alat bantu dengar dan koklea implan menerusi program ini.

 

#hearme #hearmemalaysia #cochlearmalaysia #cochlearimplant #kokleaimplan #alatbantupendengaran #hearingaids #pekaktapimendengar #pekaktapibertutur #OKUPendengaran #deafchildren #kanakkanakpekak

 

 

 

 


Tags : cochlear implants