Tarikh : September 5, 2018

Pada 4 September 2018, dua orang orang kakitangan Hear Me telah mewakili Persatuan IbuBapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) dalam program anjuran Institute-HEARS yang bertempat di Kompleks Rawatan Harian Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

 

Institute-HEARS telah menganjurkan ceramah kesedaran dan bengkel ibu bapa mengenai masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak kepada warga umum di samping mengadakan pertemuan dan sesi soal jawab bersama Timbalan Pengarah Institute-HEARS, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM, Prof. Dr. Goh Bee See (Pakar Perunding Kanan ENT) bersama klinisyen-klinisyen berpengalaman.

 

Program Hear and Be Heard ini telah ditaja oleh Yayasan Sime Darby dan dengan kerjasama bersama Kementerian Kesihatan Malaysia di Pantai Timur Malaysia. Program ini juga bertujuan bagi memupuk kesedaran masalah pendengaran dan mengadakan bengkel peningkatan kemahiran komunikasi ibu bapa di Zon Pantai Timur.

 

Hear Me juga telah membuka booth di mana ramai pengunjung yang datang untuk bertanya mengenai persatuan terutamanya adalah dari kalangan profesional dari hospital di sekitar pantai timur. Booth Hear Me juga berjaya mengutip dana melalui sumbangan dari orang awam.

 

 

 

 


Tags : komunikasi