Tarikh : September 26, 2017

Persatuan Hear Me telah diundang oleh Syarikat Labchem Sdn Bhd untuk menyertai program yang dianjurkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 21 September 2017 yang lalu. Syarikat Labchem Sdn Bhd selaku syarikat yang menjual alat pendengaran jenama Cochlear memberikan peluang kepada Persatuan Hear Me untuk mempromosikan persatuan dan mengumpul ahli baharu ketika program berlangsung. Program yang bermula pada pukul 10 pagi ini dihadiri sekurang-kurangnya 20 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan guru.

 

BOOTH PAMERAN

 

SESI TAKLIMAT 

 

Puan Maryam Sakinah telah dijemput untuk menyampaikan taklimat tentang “Auditary Verbal Therapy” (AVT). Menerusi program ini, Puan Maryam Sakinah telah berkongsi pengalaman beliau melatih anak beliau untuk bertutur di samping mengajar teknik-teknik untuk menjadikan terapi tersebut menarik minat anak-anak dan sesuai untuk dipraktikkan di rumah.

 

Beberapa sesi latihan ringkas juga dilakukan bagi membolehkan ibu bapa dan guru untuk mempraktikkan teknik yang diajar. Penyampaian taklimat yang bersifat santai memudahkan para peserta untuk bertanya dan berbincang sesama mereka. Malah, sepanjang program, kesemua peserta memberikan reaksi positif terhadap aktiviti yang dijalankan.

 

SESI LATIHAN

 

Selepas berakhirnya sesi taklimat AVT, program diteruskan dengan sesi perkongsian antara ibu yang memiliki anak masalah pendengaran dengan pakar audiologi yang berurusan dengan ibu bapa. Perkongsian tersebut memberi mesej betapa semangat kental dan komitmen sangat diperlukan dalam memastikan perkembangan positif anak masalah pendengaran. Malah, pakar audiologi juga menegaskan bahawa komitmen ibu bapa sangat mempengaruhi perkembangan anak masing-masing. Namun begitu, hubungan antara ibu bapa dengan pakar audiologi juga tidak boleh dipandang remeh.

 

SESI PERKONGSIAN

 

Sesi terakhir program adalah sesi promosi alat pendengaran Cochlear dari syarikat Labchem Sdn Bhd. Pada sesi ini juga para peserta berkesempatan untuk berkenalan dengan Uzair, salah seorang anak Hear Me melalui aplikasi ‘Facetime’ yang kini bekerja dengan syarikat Labchem Sdn Bhd. Program bersurai pada pukul 3.30 petang dan seramai 5 orang peserta telah mendaftar sebagai ahli Hear Me.

 

 BERKENALAN BERSAMA UZAIR, ANAK HEAR ME

 

 

 


Tags :