Tarikh : August 13, 2018

Pada 10 & 11 Ogos 2018, dua orang ahli Hear Me telah mewakili Persatuan IbuBapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) dalam program “2nd Malaysian Hearing Congress yang dianjurkan oleh Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Institute-Hears) UKM yang bertempat di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur. Program tersebut telah berlangsung selama 2 hari.

 

Melalui program ini, satu perbincangan meja bulat telah diadakan untuk memberi peluang berbincang bersama dengan semua pihak yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini dalam membentuk satu resolusi pendidikan yang lebih berkesan untuk anak-anak. Tambahan lagi, perbincangan bersama ini telah dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara pihak universiti, KKM, dan KPM serta badan profesional.

 

Program ini juga telah dihadiri oleh ramai golongan profesional seperti : Pakar ENT, pegawai perubatan pemulihan pendengaran(Audiologi) dan pegawai perubatan pemulihan pertuturan(speech therapist). Selain itu juga, ibubapa yang mempunyai anak masalah pendengaran dan para guru yang mengajar kanak-kanak masalah pendengaran juga turut menghadiri program ini.

 

Dua orang ahli Hear Me yang telah telah dijemput untuk bersama-sama menghadiri perbincangan ini, iaitu ; Puan.Norziba(Mantan Presiden Hear Me) dan Encik.Feroz(Timb.Presiden Hear Me). Justeru itu, peluang yang diberikan ini telah digunakan sebaiknya untuk menyampaikan dan membentangkan permasalahan dan keperluan ibubapa ini kepada pihak profesional dan pendidik.

 

Selain itu, Encik Shukri selaku Guru kepada anak Hear Me, Muna Raihannah juga telah dijemput untuk berkongsi bagaimana guru boleh membantu anak CI (Cochlea Implant) untuk belajar di sekolah perdana. Puan Norziba juga dapat berkongsi pengalaman beliau dalam menyediakan anaknya, Tufayl ke sekolah rendah seterusnya ke sekolah menengah aliran perdana.

 

Matlamat program ini adalah menyediakan ilmu pengetahuan serta maklumat dan meningkatkan lagi kefahaman tentang persediaan kanak-kanak masalah pendengaran ketika alam persekolahan. Selain dari itu, menyediakan satu kemudahan medium bagi perbincangan untuk mengukuhkan kearjasama serta membentuk satu resolusi terbaik antara semua pihak ; ibubapa, pegawai perubatan(KKM), tenaga pendidik(KPM). Serta, memberi bantuan kepada ibubapa dalam mempersiapkan anak-anak mereka yang mempunyai masalah pendengaran (yang memakai alat bantuan pendengaran) ini ke sekolah aliran perdana.

 

 

 

 


Tags : pertuturan