Tarikh : June 28, 2018

Pada 26 & 27 Jun 2018, tiga orang kakitangan Hear Me telah mewakili Persatuan IbuBapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) dalam program anjuran Jabatan ENT Hospital Serdang dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertempat di Hospital Serdang, Selangor pada 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

 

Program ini diadakan bersempena bulan Kesedaran Pendengaran dan Pertuturan (Better Hearing and Speech Month) pada Mei lepas dan digabungkan bersama Rumah Terbuka Aidilfitri Hospital Serdang. Jabatan ENT Hospital Serdang mengadakan kempen kesedaran mengenai masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa kepada warga umum. Program ini turut disertai oleh Hear Me Malaysia, Global Hearing Hearing Centre, Hospital Az-Zaharah dan banyak lagi.

 

Hearme juga telah membuka booth di mana ramai pengunjung yang datang untuk bertanya mengenai persatuan terutamanya adalah daripada golongan yang mempunyai masalah pendengaran. Booth Hearme juga berjaya mengutip dana melalui jualan pelekat kenderaan dan sumbangan dari orang awam.

 

Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai #HearingLossinChildren serta bertemu pakar perubatan ENT, audiologis dan terapis pertuturan yang berpengalaman untuk bertanyakan tentang masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak serta memberi pendedahan dan memperkenalkan persatuan Hear Me kepada orang awam.

 

 

 

 


Tags :